Monolog Hati Pada Jiwa
Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..
Engkau ampuni dia?
engkau lupakan dia?
tak ingat pada seksa mu?
tak ingat pada janji nya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang palsu?
Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..
atau
..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau dahaga kasihnya..
engkau masih..masih..masih..
aduhai laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak berkali..
terluka masih kukuh di situ..
tercedera masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak
suci..suci rindu ku
suci..suci kasih ku
suci..suci pasrah ku
Tuhan..
bantu aku melupakannya..
-Muaz Hadi-
****************************************************************************
Lepaskan saja..
biar rindu melekat tegar
biar senyuman nostalgia berputar
biar kasih utuh tak tertolak
aku lepaskan..
rela lepaskan..
tangis lepaskan..
seolah mimpi diganggu siang
dalam kesedapan ianya berbatas
terhalang oleh yang tak tertolak
pasrah ungkapan
kedu langkah
persis gila
aduhai...
lepaskan saja dia..
lepaskan saja dia...
lepaskan saja dia....
lepaskan saja dia pergi!
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Tak kasihankah padaku..?
mengungkap bahasa jiwa yang sepi
menanti sesuatu yang mahu mengalir
dek sentuhan kasih yang suci
rindu yang amat..
...sangat
lantas mengalir saja airmata ini
mengenang
kasih yang duka
asmara yang luka
tak mahu berlayar pergi
meninggalkan aku
mengapa saja tak mahu..
mengapa saja mendekatkan..
mengapa saja melewati ku..
seksa sudah tak mampu lagi
tak kasihankah pada ku..?
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Pulanglah duka.. tiada sakti padamu
duka yang syahdu melewati
bersua demi meragut jiwa sunyi
mengundang air mata sepi
yang tak tertahankan lagi
bukan rindu, tapi amarah bisa
aduhai hati yang melati kasih ku
kenapa menyeksakan...
kenapa menggusarkan...
kenapa mengguriskan..
... sendiri juga aku terdampar
di ruangan balik kalbu sendiri
aku tak mahu tangis..
...kerna ia menyeksakan
aku tak mahu duka..
... kerna ia menyedihkan
aku tak mahu ingatan..
...kerna ia membunuh ku
duhai alam
tepiskan duka ini
longgarkan kusut ini
biar aku bernafas tenang
kembali tersenyum riang
pulanglah duka
tiada sakti pada mu..
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Surat untuk Bulan..
Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..
Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang
Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Warna Rindu
hati ini menyanyi
nada gelisah sendiri
irama asyik terurai
bagai tak terlepaskan rantai
persis musafir terdampar di pantai
rupanya masih sedar selubung rindu
hirisan yang nyata sungguh nyilu
dibuai hembusan angin pilu
sepi lagi tapi kali ini tak berlagu
lambaikan pada bulan
bertanya khabar indah
mengenang warna-warna nostalgia
yang membisikkan kerinduan
aduh terkapai-kapai pada bisikan ini..
Muaz Hadi
*************************************************************************************
Kasih Melayu Mekar Merindu
hangat ubun hujung kepala
yang memikir rasa..
mengenang nostalgia..
mencari bahagia..
yang satu ketika ada
tapi hilang tak cerna
kata orang tua-tua
jangan berhenti berdoa
kata pujangga
jangan berhenti berharap
apa lagi harus hati ini berdoa
kalau bukan kasih yang mati..
apa lagi harus jiwa mengharap
kalau bukan hasilnya tertiarap..
optimis sungguh mana datangnya
yang sesuatu itu kadang bahagia
mencari juga puncanya
tapi sudah lama layunya
..cinta kasih
yang teruji hadangan
nyata sekali rasa ini asimilasi
...kasih kian layu
...rindu kian mekar
siapa dapat menghalang ku..?
Muaz Hadi
*************************************************************************************
Tangis bersulam rindu..
Tersenyum sendiri apalah lagi
bagai mencari inti berduri
yang tak kunjung peri seksa sealam tari
mencari pelangi yang hitam tak seri
mengharapkan cantuman hati dan budi
ku pegang kuntuman lesu lesi
hasil mahsul yang basi
yang satu ketika berdua berdiri
di alam bayang tak lagi sepi
tapi nyatanya kelam duka menanti
mari menghirup udara..
berpelukan luka...
mendongak asa...
mengubat duka...
kelambu ini senantiasa kusam
kerana mencabang kata alam
yang temannya malam
yang saksinya bungkam
kerana pada hujungnya
... ada tangis bersulam rindu
perit bagai mencabut
hidup kelam kelibut
mahu untung timbul sabut
tapi tenggelam dipukul ribut
aduhai merintih alaskan dejavu
... menangis lagi kerana rindu
Muaz Hadi
*************************************************************************************
Bayang tak jelma..
Sakit ini dahaga rindu
yang tak mahu diabaikan
kerana putihnya sinar
yang menyirami wajah
leka laksana dulu
menyembur kata bukan tak sayang
sembunyi wajah bukan tak rindu
lama tak jumpa tak putus rasa
di angin lalu ku alun kasih
menyendiri asa..
..terhambat suasa duka
wahai alam ku dambakan hembusan salju
biar bulan menangis tapi aku tak mahu
biar matahari panas tapi aku tak terik
cahaya ke cahaya mencari kandungan
tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan
alahai... aduhai
mahu ku kucup bayangan..
.. tapi mana bisa ada bebayang
.. tanpa tangis sang rembulan
.. tanpa terik sang mentari
kerana mereka kandung cahaya
..dan cahaya lahir bayang..
makanya intizar ini.. bayang tak jelma..
- Muaz Hadi -
*************************************************************************************
Sukma Pilu
sarat jiwa
yang satu
tak mahu sedih
mengampun perasaan marhaen
yang ikhlas sulaman kasih
membina titian suci mahabbah
tanpa harapan refleksi
kerana ianya tulus
menuju kudus yang sangat zalil
pujuk hati
yang duka
tak mahu tangis
aduhai perjalanan ini
manis tunggangannya
diisi minyak biar bercahaya
ditiup biar membara
akhirnya padam sebelum perlu
..bertemu akhir yang harus bertamu
lembutkan ubun
yang mengikat
tak mahu tahan
pergilah cahaya usah ragu
langkah sahaja dengan senyuman
telah biasa roh dan jasad ini..
...gelincir di hati
...sukma pilu
-muaz hadi-
*************************************************************************************
Melankolik kata Damai..
mencari damai yang tak temui
yang luntur pasti suatu hari
arca jiwa ini resah beribu sepi
tak tenang mengharap
akhirnya rebah tertiarap
Ya Lathiff..
Lembutkan lah hati kalbu yang dini
ikhlas mencari tenang yang abadi
tak mahu lagi gundah
biar sahaja yang indah
Ya Ghafurr..
Sejukkanlah hati yang tak mudah memaafkan
bukan tak redha tapi tak mampu
sedih pilu yang seribu
yang akhirnya keras tak hitam kelabu
mana damai itu...
ku hamparkan kalbu tenang
..khas buat mu..
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Aduhai Melati bunga ku..
Melati..
mengapa perlu lagi bertanya
sedangkan kau pasti dengar
tentang yang bayang mengejar
akan diri sendiri tak luhur
Melati..
tulis ku ini rasa hati
yang rindu tak mungkin dirindui
tahu tapi tak mahu memastikan
akan benar kerna azabnya hakiki
Melati..
jangan begitu dilupai
talian jiwa yang suci
jambatan rimba penawar abdi
bebat magis yang selalu sekaki
Melati..
aku ini hikayat jalanan puisi
bagai mengejar bayangan sendiri
tak tahu tak paksa
tapi rasa urat bisa
masih tetap memegang pena
Melati..
aku bukan siapa-siapa
yang mahu apa-apa
biar dilupa
kasih ini tetap tak alpa
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Jiwa Nestapa
Dendangkan lagu gembira
menyeka jiwa yang rasib
meyapa hati yang mahsul
terus memandang ke hadapan
berimpikan mahligai..
... yang ranah tertiarap
tak sanggup lagi melepaskan
bagai semalam yang berkasih
berlagu senyuman tiada gundah
melayari susur bebunga mersik
asyik benar haruman
tiada yang bisa memedihkan
..akhirnya hancur halus bagai debu
gambaran sejuta pilu
dambaan seikhlas duka
imbasan semanis peria
terlungkup jiwa nestapa
- Muaz Hadi -
*************************************************************************************
Memahat Suka Sembunyi Duka..
Merenung memandang mencari yang indah
bukan hendaknya fatamorgana
tetapi sesuatu yang bisa..
..menenangkan
..mengujakan
setelah perginya dia..
tanpa belas senyuman
tanpa toleh kerdipan
Senyum ku tak mampu lagi lirikannya
tiada nyaman padanya
tiada jiwa dalamnya
bagai kosong tiada manis
asa ku membentuk jua
demi yang sesuatu..
dan maha sesungguhnya..
akan terus ku hiburkan kalian
memahat suka sembunyi hati duka
..yang luka
..yang sepi
..yang malap
terimalah seadanya aku
.. teman mu
.. sahabat mu
usah ada benci bencana
cukuplah... usah lagi..
...usah lagi...
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Alang Sedar.. Puisi Derita
Dengan sedar atau tanpa
tiada guna kerna ianya telah mengguris
tiada sakti kata mampu menyembuh
lantaran terbiar luka bernanah
yang menunggu nanti parah
mengapa itu yang dipilih..
alahai mari ku pujuk
bukan diajuk
hati merajuk
mampu menyejuk
ketahuilah ianya bukan pilihan
tetapi datang yang bukan angan
tiada tertangkis kerana yang menangis
..bukan hati tapi jiwa
yang sukar menahan
menifestasi bisa kata buat
alahai sekali lagi terdampar
dahaga tak lapar
baring terkapar
dalam alang sedar
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
Almanak Jiwa Nostalgia
Almanak jiwa ini sesungguhnya
Terusan sahaja menyimpan
..lagi menambah sesuatu
..yang tak bisa tertolak
Kerana indahnya rasa itu
Kadang membahagiakan jiwa berpaksi kasih
Kadang menitiskan air berkaca duka
Lemaskan maha sesungguhnya
Tiada yang dijanji mahu diusungkan
Tiada yang luka mahu disembuhkan
Biar bebat sedia berbakti
Namun ketepian juga menolak
..kerana
Rindu kasih ini sudah lama..
..menyembah ke bumi
Aduhai cahaya
Aduhai bahagia
Aduhai nostalgia
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
menanti
Sampai kapan
Hati ini disimpan berlagu duka
Membentuk helaian kisah yang tak pasti
..lagi terjadi
..tak mahu terjadi
Kudus hendaknya..
Nun di sana masihkah bersinar
Tak pasti.. nampaknya
Terlindung atau sudah malap
..serinya
..kasihnya
Mungkin ada.. masih
Tapi tak bisa menyentuh
Membuang bagai mencabut duri
Menyakitkan.. berbekas tajam
Bukan sekadar berdarah..
..tapi berparut dalam
Meninggal ingatan..
..yang kuat hakikat melukakan..
Semalu hati.. sepilu jiwa
-Muaz Hadi-
*************************************************************************************
aptasi Kasih
Salam kasih yang rindu..
menyahut punya hati yang kalbu
Maskulin ku biar jadi taruhan..
aduh mana satu hadirnya senyuman
rupanya kasih ku di sini
bersama biar dipandang ke sisi
engkau saksi kemesraan kami..
engkau pantai pertemuan kami..
engkau nadi kasih kami..
engkau paksi untaian kami..
Ketahuilah yang maha sesungguhnya..
Tiada lain bagi Borkotov..
hanya sekadar proksi
hanya platform untuk kami
hanya taman rekrusi diri
*************************************************************************************
Balutan Kasih
Lilin-lilin menyala dengan indahya
Menghias meja hati diterpa masa
Sungguh suatu yang kan selalu terjaga
Walau badai berkumangdang dalam telinga
Mungkinkah ini yang disebut kasih?…
Aku sungguh tak pernah mengetahuinya
Saat diriku mulai tersambut oleh derita
Aku ingin lilin itu tetap menemaniku
Walau kadang dia sendiri hampir mati
Diterpa angin
Bila waktu ku telah tiba
Untuk menggapai mimpi dan asaku
Mungkin aku tak kan sanggup
Tuk melupakannya
Hanya…….. bila mungkin takdir kan menemukanku
Walau aku dalam rengkuhan lara
Apakah kasih akah selalu menyrtaiku
Aku sungguh tak pernah tahu
Bila suatu saat dia jauh dariku
Maka aku tak kan bisa
hidup untuk menemani dunia_Nya
satu yang sangat kuingin kan dari_Mu
tuk menemani ku dalam setiap jalan hidupku
aku hanya inginkan diri_Mu untuk selalu
mendekapku dalam rengkuhan kasih _Mu
source: rinilovers
*************************************************************************************
Sebuah Perenungan
kadang kita taK berfikiir sudaH tersingKirkaH???
sudaH terhaPusKAh debU yg lama meLekat di diri kita???
apa bnar kita mesti merenUngi…agar kita bs sadar atas sgaLa yg terjadi….
aLAm yg cemberut…angiin Yg gemUruh…
anaK” keciL yg menangiis…nisTA yg taK penah terhenti…
apa itu beLum cuKup menyadarkan kita???
apa itu taK jg buat kita berhenti atassgaLa kekhiLafan ini????
bencana Yg meLAnda…maNUsia Yg meronta rOnta…
jeriit ombaK pada pantai….ricUh angiin pada awan…
akaNKAh datang sUAtu penYesaLAn????
ataU hanYa kekhiLafaN Yg terUz datang???
Ku bosan berdiam diri daLAm goa dosa…
Ku penat taK bergeraK daLAm api kesaLAhan…
biLa msH ada kesempataN untUkku…
sUnggUh Ku ingiin seutUhnYA bersiih….
Dari sMUa kOtoran…dari semUa debu yg bertebaran…
adaKah seorang yg baKaL menUntunku??
Hingga aKu taK tersesaT di sudut jaLan….
Hngga cahaYa keabadian datang…
membawaKu keaLam damai…
seruanKu pun terdorong tUk membesarKan namaNYA…
atas kuasaNYA kuterLahiir…daN atas sgaLa kekhiLafaN ku berfikir…
aKu buKan seorang Yg terLaLu taat…pada atUraN yg teLah menggema…
hanYA aKu yg taK pernaH sempurna….
bUkan tentang terpendamnYa sebuaH perasaan Ku bersYaiir….
Tetapi ini smUa karena sgaLa kesaLahan” Yg paTuut tuk direnungKan…
source: penyair.com
*************************************************************************************
Perjalanan
aku..
mengusung tombak berujung dendam
lelah menikam langit malam
menantang terik menggurat jumlah jejak
jemari ini penuh jelaga
dari renta kemarahan
di padang ini aku terjaga
di rimbun rerumputan
tak ada lagi pertanda
ini rupanya
tanah istirah
bagi mimpi yang telah lelah
tak ada batang-batang tumbang
maka tajam bebatuan
kepadanya patahan tombak aku titipkan
aku hendak rebah
meniduri mimpi masa silam
yang lama terabaikan
gemuruh angin
membawa kabar tentang laut
tentang pantai yang jauh aku tinggalkan
tentang diam sampan seludang
yang terburu aku tambatkan
perahu itu biar menunggu
pahit luka masih terlalu nyata
source: top puisi
*************************************************************************************
Sombong
DirumahMu aku menemukan diriMu
Dalam qolbuku ternyata
Ternyata Kau selalu ada, di rumahMu ini
Hanya aku saja …yang sibuk..
Dengan kesombonganku..
Dengan ke-sok-tahuanku…seperti biasanya..
Minta ini itu padaMu….
Kau ajari aku..tanpa kutahu..
Lewat penjual kurma..
Yang menunjukku dengan telunjuk ke wajah..kau bakhil !!
source: puisiku.net
*************************************************************************************
Tetaplah Disisiku
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”
Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..
Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku
Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu
source: puisiku.net
*************************************************************************************
Cinta Tak Pasti
mungkin aku terlalu bodoh untuk mengerti
mungkin aku tak sengaja jg mnykiti
andai aku tau isi hatimu
andai kesempatan itu datang lagi padaku
sekarang mustahil bagiku
bahkan menyentuh bayangmu, aku tak mampu
sekarang aku terpuruk dalam jurang sesalku
dan cinta ni jadi sesak dalam dadaku
aku tau cinta ini sudah tak laku
tapi biarkan cinta ini aku miliki
biarkan cinta ni menjadi bebanku
aku tak peduli
meski menghambat jalanku
aku tau mencintaimu adalah tak pasti
source: puisiku.net
*************************************************************************************
Buat Sepasang Mata Tak Dikenal
Juwita,
Kalaulah kegandrungan yang kunyatakan ini menarik perhatianmu
Atau tak berarti apa-apa bagimu
Maafkanlah aku. Namun di matamulah
Dalam lindup bayangannya, suatu petang aku bersandar istirah
Dan sebentar terhantar dalam tidur yang indah.
Dalam ketenangannya kubelai bulan dan bintang-bintang
Kuanyam kapal khayal dari kelopak-kelopak kembang
Dan kubaringkan jiwaku yang lelah di sana
Kuberi minum bibirku yang dahaga
Dan kupuaskan gairah mataku yang mendamba
Juwita,
Waktu kebetulan kita bertemu sebagai dua orang asing yang bertemu
Dukaku pun berjalan juga di jalan itu
Telanjang, tak terselubung
Dengan langkah murung…
Dan engkaulah dukaku itu
Kesedihan dan kegagalan
Kebisuan dan kekecewaan
Mengungkung penyair yang bergulat habis-habisan
Karena puisi, Juwita.. ialah orang asing dinegeriku
Dibunuh kekosongan dan kehampaan.
Jiwaku gemetar ketika aku melihatmu
Aku merasa tiba-tiba seakan sebuah golok mengorek ke dalam darahku
Membersihkan hatiku, mulutku
Meniarapkan aku dengan kening kotor dan tangan meminta
Dalam lindap bayangan matamu yang jelita
Juwita,
Jika tiba-tiba kita bertemu
Jika mataku memandang matamu
Yang anggun, hijau, tenggelam dalam kabut dan hujan
Jika kebetulan pula kita bertemu lagi di jalan
(Dan bukankah hanya nasib kebetulan ini)
Maka akan kucium jalan itu, kucium dua kali
(Muhammad Al Fayaturi)